Wednesday, May 14, 2014


MOGA KAU MENGERTI



Tajuk:Moga kau mengerti
Penulis:Lily Haslina Nasir
Penerbit:Alaf 21
Harga:RM12
Harga asal:RM19.90
Condition:Terpakai


Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.
Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

  1. Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

    Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancur luluhkan?
CINTAKU BUKAN MURAH



Tajuk:Cintaku bukan murah
Penulis:Aleeya Aneesa
Penerbit:Alaf 21
Harga:RM17
Harga asal:RM26
Condition:Terpakai


Bagi Nadra, jadi isteri Raqib tidaklah sesusah mana. Tak perlu dilayan macam putera raja. Makan disuap tidur didodoi pun tidak. Pendek kata, Raqib memang suami yang sempoi. Yang sukarnya bila jadi cucu menantu bekas Leftenan Kolonel Tuan Haji Yunus. Tak habis-habis mengungkit, kononnya, dia tak pandai buat air kopi. Badannya macam papan lapis dan muka pula pucat tak berdarah. Sabar sajalah...

  1. Dan yang lebih payah, bila jadi kakak ipar Idlan. Umur baru 16 tahun, kerenahnya sangat menyakitkan hati. Sungguh, Nadra buntu! Apa lagi yang tak kena dengan Idlan? Maka berperang psikologilah antara kakak ipar dan adik ipar. Kejap-kejap hati Nadra dilapah Idlan. Kejap-kejap, hati Idlan pula yang dicelur. Si datuk, sesekali jadi nasi tambah. Namun perang mereka, perang mulut. Tak ada senjata, tak ada yang cedera tapi bisanya tetap tusuk sampai ke hati.

    Soalnya, siapa yang menang? Nadra, Idlan atau Tuan Haji Yunus? Dan Raqib... harus berpihak pada siapa? Bagi Nadra, dia tidak meminta yang lain. Hanya secebis kasih Idlan dan simpati Tuan Haji Yunus yang sangat mahal, sama macam harga cinta Raqib. Sama ada murah atau mahal, Nadra harap cinta itu jadi miliknya!
CALON MENANTU MAMA


Tajuk:Calon menantu mama
Penulis:Amiza Anaz
Penerbit:Alaf 21
Harga:RM18
Harga asal:RM23
Condition:Terpakai


Puan Rafeah pening kepala. Anak terunanya hanya Ikmal, tetapi calon menantunya ada dua orang. Cempaka dan Alisa. Satu pilihan hatinya dan satu lagi pilihan Ikmal. Istikharah sudah dibuat, pertandingan ala-ala masterchef juga sudah dirancang, namun masih belum nampak calon menantu yang sesuai untuk dipinang.

  1. Desakan Ikmal supaya memilih Alisa membuahkan simpati di jiwanya. Namun, pujukan Mak Su Endah agar dia segera meminang Cempaka menambahkan serabut di kepala. Takkan kedua-duanya sanggup bermadu! Bila Cempaka dan Alisa sedar mereka sedang diuji, masing-masing tersentak. Alisa yang menjadi pilihan kedua mula merajuk dan membawa diri. Cempaka pula tidak mahu dicop sebagai perigi mencari timba, mengambil keputusan menjauhkan diri.

    Ikmal buntu. Puan Rafeah, ibunya... Alisa pula kekasih hatinya. Jika dia memilih Alisa, banyak hati yang terluka. Tetapi, jika Cempaka jadi suri hidupnya... dia dan Alisa pasti merana. Argh, terasa sukar hidup ini! Hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati ayah.

LAGENDA BUDAK SETAN(SAGA 1)



Tajuk:Lagenda budak setan(saga 1)
Penulis:Ahadiat Akashah
Harga:RM15
Harga asal:RM24.90
Condition:Terpakai


Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang..dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja..demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikannya pada dunia..cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang mempunyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

KASYAH LAGENDA BERAKHIR(SAGA 3)


Tajuk:Kasyah lagenda berakhir(saga 3)
Penulis:Ahadiat Akashah
Harga:RM15
Harga asal:RM23.90
Condition:Terpakai


Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya erputus dengan Katerina. Hisyam Berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya. Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. 
Itu pun setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam.Demi maruah,Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofian.Malngnya Zahirah menolak kerana tak mahu menyakitkan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya. Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintai sepenuh jiwa. Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta ini dengan segala keindahan, ataupun sebaliknya?
DIA TIDAK BERDOSA


Tajuk:Dia tidak berdosa
Penulis:Puteri Andalas
Penerbit:Alaf 21
Harga:RM17
Harga asal:RM22
Condition:Terpakai


Kehidupan Kay atau Nur Khalidah penuh ranjau, onak dan duri. Sarat pula dengan dugaan tanpa henti. Bermula dengan memilih agama Islam sebagai pegangan diri, dia terus-terusan diuji, disisih daripada keluarga angkat yang dikasihi dan mengasihi. Namun… dia tetap gigih. Jatuh, bangun dan berdiri memegang teguh pada agama, kesetiaannya kepada Khalid Adlin, suami yang dihormati, kasih kepada zuriat kurniaan-NYA, Intan Rahayu yang diasuh berbudi pekerti tinggi. Namun… kesetiaan Kay diragui. Kay mati ketika mempertahankan agama dan maruah diri. Meninggalkan suami dan anaknya mendepani pembongkaran rahsia kematiannya yang penuh misteri dan tragedi.