Tuesday, May 6, 2014

OH!CINTA


Tajuk:Oh!cinta
Penulis:Ezza Mysara,Iskandar Daniel,Rehan Makhtar,Syamnuriezmil
Penerbit:Karya seni
Harga:RM9 (termasuk postage)
Harga asal:RM15

DIALAH DRIVER YANG TERCIPTA UNTUKKU-EZZA MYSARA
"nanti bila Aya dah besar,Aya nak kahwin dengan abang tau."Sejak kecil Mikhail telah memiliki hati Dayana.Tetapi kerana peristiwa itu,mereka telah berpisah.Apabila bertemu kembali,masih adakah harapan untuk mereka bersatu?

AKULAH DRIVER SEUMUR HIDUPMU-EZZA MYSARA
Meskipun kecewa kerana tidak berjaya memiliki sekeping hati itu,tapi Arian tetap meneruskan kehidupannya.Pertemuan dengan seorang gadis ego,telah membuka pintu hatinya untuk bercinta.Tapi,mampukah dia merobohkan sebuah janji yang telah lama terpahat dalam hati gadis bernama Maya itu?

CINTA LANGGAR LARI-EZZA MYSARA
"Siapa sayang kau?Ini aku perkenalkan pada kau,tunang aku.Sekarang kau tak ada peluang nak ganggu hidup aku lagi."Kerana mamat yang suka mengganggu hidupnya itu,Qaseh terpaksa mengaku bahawa dia sudah bertunang dengan mamat traffic light yang dilanggarnya itu!

BAGAI ITIK PULANG PETANG-ISKANDAR DANIEL
Saya memang gilakan dia yang cantik,tapi kalau bukan jodoh apa nak dikata..Barangkali gadis yang berjalan bagai itik pulang petang itulah yang terbaik untuknya.

GADISKU-ISKANDAR DANIEL
"Nana selalu senyum pada saya..tapi saya tak pasti senyuman itu untuk saya atau Nizam?" Ahmad memang dah lama sukakan Nana,tapi dipendamkannya saja.Tanpa dia sangka,rupa-rupanya dia memang tidak bertepuk sebelah tangan.

I LOVE YOU-ISKANDAR DANIEL
Semenjak dia menikahi Leia,hanya dialah pertama dan terakhir.Tapi dek perasaan cemburu,semuanya jadi berubah.Mampukah perpisahan itu akan mengudang bahagia buat mereka?

JAHIT BALIK HATI AKU-REHAN MAKHTAR
"Itu bayaran untuk khidmat kau semalam."Isteri mana yang tidak sedih jika kata-kata sebegitu dilafazkan oleh suaminya sendiri.Dan akhirnya,Rihana telah membuat keputusan yang terbaik demi maruah dan sayangnya terhadap seorang suami.

JAHIT BALIK HATI AKU LAGI-REHAN MAKHTAR
Demi anak-anak dan cintanya,dia harus akur dengan ketentuan-Nya.Biarpun hati terseksa atas keputusan Hanip itu,tapi istana cinta ini harus dipertahankan.

KAU DIPAKSA,AKU TERPAKSA-REHAN MAKHTAR
"Fara senang tengok abang dah makin sihat dan Fara yakin abang akan temui kebahagiaan abang dengan Azlyn nanti."Maifara akhirnya terpaksa akur,jika itu kehendak Payed.Harapannya,suaminya itu cepat-cepat sembuh lalu melepaskannya dari seksaan.

SUDAH KAHWIN KE BELUM?-SYAMNURIEZMIL
"So,Natrah..dah kahwin ke belum?"Natrah.Sejak pertama kali bertemu,Alief sudah terpikat dengan pemilik nama itu.Mampukah dia memikat gadis itu,sedangkan mummy menjadi penghalangnya?

PENGANTIN DUA KALI-SYAMNURIEZMIL
Dua bulan selepas berkahwin.Itulah janji Alief kepada mummynya.Tapi,adakah janji itu akan terlaksana? "Abang dah janji abang akan jaga Natrah lebih dari nyawa abang!"

LARI MENCARI SUAMI-SYAMNURIEZMIL
"Natrah milik abang,abang milik Natrah." Setelah bermacam dugaan yang mereka tempuhi,mampukah si isteri memujuk si suami yang sedang membawa diri yang rajuk?


No comments:

Post a Comment